Azalina Cadang Perkenal Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti | Pergelutan politik yang berlaku telah membuka satu cadangan dimana perlu mengadakan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau ‘recall election’ perlu dipertimbangkan bagi menghalang wakil rakyat yang telah diberikan mandat oleh rakyat sewaktu pilihan raya daripada melompat parti.

Azalina Cadang Perkenal Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti

Menurut ahli parlimen Pengerang,Datuk Seri Azalina Othman Said, ‘recall election’ adalah satu mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya mereka melompat parti selain ia membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut untuk memilih wakil rakyat baharu.

Beliau selaku bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tersebut telah membangkitkan Akta Mencegah Lompat Parti dengan sembilan persoalan dalam satu ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Soalan pertama adalah berkenaan apakah akta melompat parti, justeru akta ini diperkenalkan supaya dapat menghalang wakil rakyat yang telah diberikan mandat oleh rakyat (pengundi) sewaktu pilihan raya daripada ‘melompat dengan kerusinya’ ke parti politik lain selepas menang kerusi pilihanraya tersebut.

Ketika ini, masih tidak ada lagi undang-undang yang mencegah seseorang itu dari melompat ke parti politik yang lain kerana hak ini dipelihara di bawah Perkara 10, Perlembagaan Malaysia.

Ia perlu dikuatkuasakan kerana perbuatan melompat parti telah mengganggu imbangan kuasa wakil rakyat (ahli Parlimen) di Dewan Rakyat yang membuat undang-undang, kelangsungan kerajaan dan Demokrasi Berparlimen selain memberi impak kepada kestabila politik negara serta kepentingan rakyat turut diabaikan.

Soalan melibatkan jenis cara kejadian lompatan parti, Azalina menyatakan terdapat tiga cara iaitu pertama  tinggalkan parti politik atau dibuang dari parti tersebut, parti politik tersebut diharamkan atau dibuang pendaftarannya serta yang ketiga adalah tidak ikut cakap atau arahan parti politik dan mengambil pendirian sendiri di dalam keputusan mengundi dalam Dewan Perundangan.

Objektif Akta Mencegah Lompat Parti adalah untuk memelihara semangat demokrasi dengan mengelakkan mandat rakyat digadai untuk kepentingan pelompat dan biar rakyat menentukan sama ada pelompat boleh kekalkan kerusinya selain mengurangkan kejutan kepada keseimbangan kuasa dan kemelut antara semua parti Politik.

Berikutan itu, Azalina mencadangkan agar Pilihan Raya Bermandat untuk Parti (Elections with Mandate for Parties) diadakan iaitu satu mekanisme di mana rakyat akan mengundi berdasarkan pilihan parti politik dan bukannya individu justeru parti akan memenangi kerusi berdasarkan peratusan keseluruhan undi yang diperoleh dan ini perlu menjadi perubahan dalam sistem pilihan raya.

Oleh itu, Azalina mendakwa bahawa ia merupakan satu usaha untuk memperkasakan dan menjaga kepentingan wakil-wakil rakyat yang bukan dari kalangan menteri kabinet dan timbalan menteri bagi memastikan wakil-wakil rakyat ini tidak melompat parti atas janji untuk diberikan pangkat dan harta.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply