Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengumumkan menarik diri dari daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika tiba di pusat penamaan calon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, pagi tadi.

Azwan Ali Tak Jadi Bertanding Lawan 'Abang'? 'Ini' Sebabnya..

Azwan, 56, yang tiba di lokasi dengan menaiki motosikal itu membuat keputusan pada Subuh tadi selepas mendengar bisikan dari arwah ibunya, Mak Tom dan sekali gus menidakkan kenyataannya untuk bertanding di atas tiket calon Bebas Parlimen Gombak sebagai satu gimik.

Jelasnya, pagi ini selepas subuh saya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham emak saya, Mak Tom. Ini bukan perkara main-main mahupun gimik.

Ujarnya lagi, beliau percaya ada hikmah yang Allah tunjuk supaya tidak bertanding. Arwah Mak Tom selalu datang dalam mimpinya dan menasihati agar jangan bertanding. Tak kisahlah merepek, tapi dengar suara emaknya.

Beliau meminta maaf sebab terlalu ramai penyokong yang inginkan saya bertanding. Jadi maafkan saya, hajat anda tidak kesampaian. Saya juga minta maaf kerana mungkin keputusan saya ini memgejutkan semua.

Tambah Azwan yang tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan perkara itu, dia turut menerima panggilan daripada isteri abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, iaitu Datin Seri Shamshida Taharin, malam tadi.

Dan panggilan itu juga antara faktor dia memutuskan untuk menarik diri.

Beliau berkata, mereka bercakap panjang lebar malam tadi, tapi panggilan itu bukanlah untuk memujuknya untuk tak bertanding. Jangan salah faham kerana hanya bercakap mengenai topik lain.

Tambahnya, beliau sangat menghargai jasanya dan sangat terharu apabila isteri abangnya berkata Azmin selalu bertanya pasal dirinya. Itu antara faktor di sebalik keputusannya menarik diri. Azwan turut gembira dapat bercakap dengannya selepas enam tahun terpisah.

Azwan mengakui beliau tak hubungi saya sebab ingatkan saya yang tak mahu menghubunginya. Tapi sebenarnya kami sangat rapat.

Azwan turut menyatakan sokongannya kepada calon Parlimen Gombak, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, turut menyokong penuh PH, tapi jangan tanya kenapa. Tapi apa pun kesalahan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maafkan dan biarkan dia teruskan perjuangannya bersama pasukannya yang berkredibiliti terutamanya Datuk Seri Amirudin Shari yang cemerlang membangunkan Selangor.

Katanya, kita semua mengharapkan yang terbaik dari mereka. Kepada pengundi semua, jangan sebarangan memangkah, fikir dua kali sebelum berbuat demikian. Dan percaya penduduk Gombak tidak bodoh. Jadi keluarlah mengundi pada 19 November ini.

Sementara itu, Azwan turut menafikan penarikan diri berikutan tiada wang pendahuluan, memandangkan calon perlu membayar RM10,000 untuk bertanding.

Jelasnya, beliau memang tiada penaja tapi bukannya tiada duit.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply