“Balik Dari Interview..” Abang Ni Kongsi Tips Selepas Temuduga Kerja | Di musim pandemik ini sudah tentu ramai yang sedang mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan seharian. Ada yang lebih selesa untuk berniaga, tidak lupa juga kepada yang mencari kerja dalam sektor awam mahupun swasta.

Kini, setiap permohonan rata-ratanya lebih memilih menggunakan medium emel bagi permohonan kerja. Seterusnya, baru lah individu akan dipanggil untuk ditemuduga pada sesuatu syarikat.

Berikut merupakan tips dari seorang pemuda yang baru-baru ini tular di Twitter. Beliau berkongsi tentang perkara wajib yang perlu dibuat selepas ditemuduga.

Ikuti perkongsian beliau di bawah.

Hantar ‘Thank You Email”

“Balik je dari interview kerja korang WAJIB buat benda ni dalam masa 24 Jam!

Hantar ‘Thank You Email’ kepada recruiter korang. Nak tulis apa?”

Contoh :

Dear Asyraf,

Thank you for your time interviewing me yesterday. It was such a pleasure meeting you.

Should you require further info, do not hesitate to reach me.

Regards

Tom

..

Haaa gitu. Keep it short and simple (KISS rule)

 

Selain itu, beliau juga turut kongsi mengapa perlunya untuk hantar Thank You emel tersebut. Antaranya adalah untuk menunjukkan sifat hormat pemohon kepada majikan. Majikan juga pasti akan perasan terhadap permohonan pemohon selepas memberi ‘Thank You‘ emel tersebut.

Kesan selepas memberi ‘Thank You‘ emel

Ada juga yang telah mencuba tips ini selepas ditemuduga dan berkongsi tentang pengalaman mereka.

https://twitter.com/amiliaashaari/status/1357210012716699650?s=20

https://twitter.com/atengorgeous/status/1357208982390099969?s=20

https://twitter.com/aishtlbadariah/status/1357154727432101892?s=20

Sumber : @syahrul_asyraf

Share.

Leave A Reply