Baling: Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi Jalan Kelapa Sawit

| November 24, 2021 | 0 Comments

Baling: Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi Jalan Kelapa Sawit | Mayat milik seorang lelaki dilaporkan telah ditemui  terbaring di tepi jalan dekat Ladang Sawit TSK Kuala Kuang, Kupang, Baling dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, baru-baru ini.

Baling: Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi Jalan Kelapa Sawit

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat mangsa telah berjaya dikenal pasti sebagai Rodzi Md Rejab, 45, dari Kampung Masjid Kuala Kuang, Baling.

Jelasnya, polis mendakwa telah menerima panggilan kecemasan dari orang awam memaklumkan penemuan mayat lelaki di kawasan ladang tersebut.

Difahamkan, anggota bertugas di kaunter aduan Balai Polis Kupang telah menerima panggilan kira-kira jam 12:00 tengah hari selepas orang awam memberitahu penduduk Kampung Kuala Kuang telah menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring.

Susulan kejadian tersebut, Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Baling telah dihubungi untuk membuat pemeriksaan.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan pihak PKD mendapati mangsa telah cukup dos vaksin COVID-19.

Hasil temu bual dengan waris juga mendapati mangsa yang tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan telah keluar pada jam 3 petang Selasa untuk memasang bubu ikan.

Siasatan lanjut juga telah dijalankan dan pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan tiada kesan kecederaan di tubuh badan mangsa.

Beliau memaklumkan bahawa pasukan polis dan Inspektor Kesihatan telah ke lokasi kejadian bagi menguruskan jenazah dengan prosedur operasi standard (SOP) dan pemakaian pakaian pelindung diri PPE.

Mayat kini dilaporkan telah dihantar ke Hospital Kulim untuk dijalankan ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Kes telah diklasifikasikan sebagai rujuk lain agensi (RLA) sehingga punca kematian dapat dikenal pasti.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *