Banduan Paling Lama Menanti Hukuman [email protected] | Mahkamah Tinggi Tokyo semalam, memerintahkan perbicaraan semula terhadap bekas peninju berusia 87 tahun yang dijatuhi hukuman mati, lima dekad lalu.
Perbicaraan semula itu berikutan sabitan pembunuhan bekas peninju itu dikatakan peguamnya berdasarkan pengakuan paksa dan bukti palsu.
Mahkamah Tinggi Tokyo berkata, Iwao Hakamada berhak dibicarakan semula kerana kemungkinan bukti utama yang membawa kepada sabitannya dipalsukan oleh penyiasat, menurut kenyataan Persatuan Peguam Jepun.
Amnesty International berkata, Hakamada ialah banduan hukuman mati yang paling lama menanti hukuman itu di dunia.
Dia dibebaskan buat sementara waktu sejak 2014, tetapi masih tidak dibebaskan daripada tuduhan.
Peguam belanya, yang dilihat keluar dari bilik mahkamah mengibarkan sepanduk bertulis Perbicaraan Semula dengan merujuk keputusan mahkamah, semalam.
Kkakaknya, Hideko,90, yang mengabdikan hidupnya untuk membuktikan adiknya tidak bersalah berkata bahawa mereka memenangi tuntutan untuk perbicaraan semula Hakamada. Dia sangat gembira dan itu saja yang boleh dia katakan.
Hakamada disabitkan membunuh seorang pengurus syarikat dan tiga ahli keluarganya pada 1966 dan membakar rumah mereka di tengah Jepun, di mana dia adalah pekerja yang tinggal di situ.
Dia dijatuhi hukuman mati, dua tahun kemudian.
Pada mulanya, dia menafikan tuduhan itu kemudian mengaku salah, namun kemudiannya berkata, pengakuannya kerana dipaksa kerana soal siasat ganas oleh polis.
Mahkamah Agung mengambil masa 27 tahun untuk menolak rayuan pertamanya untuk perbicaraan semula.
Dia memfailkan rayuan kedua pada 2008 sebelum mahkamah akhirnya memutuskan memihak kepadanya pada Khamis.
Perkara yang menjadi pertikaian ialah lima helai pakaian berlumuran darah yang dikatakan oleh penyiasat yang dipakai Hakamada semasa kejadian itu dan bersembunyi dalam tangki pes kacang soya yang ditapai, atau miso, ditemukan lebih setahun selepas penahanannya.
Keputusan Mahkamah Tinggi Tokyo pada Isnin mengakui eksperimen saintifik bahawa pakaian yang direndam dalam miso selama lebih daripada setahun menjadi terlalu gelap untuk kesan darah dilihat pada pakaian berkenaan.
Hakamada menjalani hukuman di rumah sejak dibebaskan pada 2014 kerana kesihatan dan usianya yang lemah menyebabkan dia berisiko rendah untuk melarikan diri.
Penyokong mengatakan kesihatan mental Hakamada sudah terjejas kerana penahanannya hampir setengah abad, kebanyakannya dalam kurungan bersendirian kerana takut hukuman mati.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Banduan Guna Alasan Mengandung Untuk Bebas Daripada Kes Bvnuh
Banduan Guna Alasan Mengandung Untuk Bebas Daripada Kes Bvnuh | Mahkamah di Florida, Amerika Syarikat (AS) menolak petisyen suspek kes bunuh yang hamil dan mohon dibebaskan dari penjara atas alasan anak dalam kandungannya tidak bersalah serta ditahan menyalahi undang-undang.
Dalam keputusan yang diperoleh AFP pada Selasa, Mahkamah Rayuan Daerah Ketiga Florida menolak tanpa prejudis petisyen yang difailkan Natalia Harrel bagi pihak bayi dalam kandungannya.
Keputusan itu dibuat selepas hakim mendapati masih terdapat persoalan yang perlu ditangani di mahkamah rendah tetapi tidak memutuskan sama ada kes itu mempunyai merit undang-undang.
Mahkamah dalam keputusannya pada Jumaat berkata, adalah mustahil untuk “menyelesaikan dengan betul sama ada anak dalam kandungan mempunyai hak untuk memfailkan petisyen memandangkan rekod yang tidak mencukupi dalam perkara itu”.
Terdahulu, Harrell, 24, dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan dan didakwa membunuh selepas menembak mati seorang wanita lain ketika mereka menaiki Uber di Miami, Julai lalu.
Harrell hamil kira-kira enam minggu ketika ditahan dan mengaku tidak bersalah dengan alasan tindakannya adalah untuk mempertahankan diri.
Harrel dalam petisyennya menyatakan bahawa bayi dalam kandungan saya belum melakukan jenayah namun masih dipenjarakan dalam keadaan yang menyedihkan dan melainkan jika diberi pelepasan kemungkinan dibawa ke dunia ini di lantai konkrit sel penjara.
Hakim Monica Gordo bersetuju dengan keputusan mahkamah untuk menolak petisyen itu, tetapi berhujah dalam pendapat yang berbeza bahawa kes itu sendiri tidak mempunyai asas undang-undang.
Katanya, hujah itu tidak lebih daripada percubaan untuk ibu memanfaatkan anak dalam kandungannya sebagai asas untuk dibebaskan daripada penahanan yang sah.
Sumber: Harian Metro