Bangunan 21 Tingkat Runtuh, Enam Maut Akibat Runtuhan | Sebuah bangunan dipercayai masih dalam binaan runtuh Isnin petang di bandar Lagos, hab ekonomi Nigeria sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang menurut seorang pegawai pengurusan kecemasan, baru-baru ini.

Bangunan 21 Tingkat Runtuh, Enam Maut Akibat Runtuhan

Menurut Penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) di Lagos, Ibrahim Farinloye, bangunan 21 tingkat yang sedang dibina di kawasan Ikoyi di bandar Lagos itu runtuh kira-kira jam 3 petang waktu tempatan, dan setakat ini enam mayat telah ditemukan dan empat mangsa lain diselamatkan.

Farinloye menjelaskan bahawa misi mencari dan menyelamat sedang berjalan dengan dibantu tentera darat dan udara, serta meningkatkan misi menyelamat bagi mangsa dikhuatiri yang masih terperangkap.

Beliau berkata punca runtuhan masih belum jelas dan siasatan sedang dijalankan.

Bangunan 21 Tingkat Runtuh, Enam Maut Akibat Runtuhan

Bangunan 21 Tingkat Runtuh, Enam Maut Akibat Runtuhan

Menurut penduduk menerusi Reuters, bangunan itu sedang dalam pembinaan selama lebih setahun, dan dilaporkan lebih 50 orang, kebanyakannya pekerja binaan, terperangkap di bawah runtuhan.

Sebelumnya, kejadian  bangunan runtuh sering berlaku di Nigeria kerana sesetengah pemilik dan pemaju hartanah tidak mematuhi undang-undang serta peraturan perancangan dan bangunan. Dalam kebanyakan kes, muatan berlebihan diletakkan di bangunan selain menggunakan bahan yang tidak menepati standard pembinaan.

Sumber: Reuters

Share.

Leave A Reply