Sebuah bangunan kediaman pencakar langit di Dubai, Emiriah ARab Bersatu (UAE) terbakar pada Isnin lalu.

Bangunan setinggi 35 tingkat itu merupakan sebahagian daripada kompleks menara dikenali sebagai 8 Boulevard Walk terletak berhampiran Burj Khalifa iaitu bangunan tertinggi di dunia.

Bangunan itu terbakar pada jam 2.20 pagi waktu tempatan. Jelaga hitam akibat kebakaran itu boleh dilihat menutupi bangunan dan ia dipadamkan dalam masa tiga jam.

Api merebak di bahagian tepi struktur bangunan tersebut didorong oleh bahan yang mudah terbakar.

Bangunan yang terletak berhampiran pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa itu terbakar dengan api dilihat menyambar setiap tingkat.

Rakaman di lokasi kejadian menunkukkan serpihan bangunan jatuh ke tanah.

Seorang penduduk memberitahu The Associated Press bahawa bangunan tinggi itu mempunyai bahan lapisan yang mana ia dirancang untuk digantikan selepas kebakaran sepertimana berlaku ketika Malam Tahun Baru pada tahun 2015.

Bagaimanapun ia tidak diganti, kata seorang penduduk itu kepada agensi berita tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.

Pemaju bangunan itu enggan mengulas mengenai lapisan itu tetapi berkata, tiada sesiapa yang cedera dalam kebakaran tersebut.

Jurucakap syarikat itu berkata bahawa pihaknya mengesahkan bahawa kebakaran berlaku di 8 Boulevard Walk pada awal pagi Isnin.

Menurutnya, api dapat dikawal dengan sokongan pihak berkuasa kerajaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tambah jurucakap itu, pihaknya memandang serius keselamatan penduduk dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply