Bangunan Runtuh Akibat Kebakaran Mengorbankan Lima Orang Mangsa Termasuk Petugas Penyelamat

| April 3, 2021 | 0 Comments

Bangunan Runtuh Akibat Kebakaran Mengorbankan Lima Orang Mangsa Termasuk Petugas Penyelamat | Sebuah bangunan tiga tingkat dilaporkan telah runtuh akibat kebakaran sehingga mengorbankan lima orang mangsa yang melibatkan empat orang anggota penyelamat serta seorang penghuni di situ, baru-baru ini.

Bangunan Runtuh Akibat kebakaran Mengorbankan Lima Orang Mangsa Termasuk Petugas Penyelamat

Menurut laporan media, kejadian tersebut telah berlaku pada jam 6 pagi waktu tempatan di Boromratchonnanee Road, di sebuah daerah di Thawi-Watthana, bahagian barat Bangkok namun tujuh mangsa telah berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.

Ketua Penyelamat di Yayasan Poh Teck Tung, Jiratthikorn Banjongkit, berkata kepada media dalam sebuah laporan bahawa ketika pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian kira-kira 7 pagi, kediaman terbabit tiba-tiba runtuh serta mengorbankan lima mangsa yang masih berada di situ. Punca runtuhan masih belum dapat dikenalpasti, tambah beliau lagi.

Beliau berpendapat bahawa kemungkinan yang berlaku disebabkan oleh api pada peringkat awal menjadi punca disebalik keruntuhan bangunan kediaman tersebut.

Mayat mangsa keruntuhan dikatakan terperangkap di bawah runtuhan namun pasukan penyelamat masih dalam usaha untuk mengeluarkan mayat-mayat tersebut.

Menurut Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang dalam satu kenyataan, pihaknya tidak pasti bagaimana untuk mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan kerana beliau melihat tiada lagi laluan selamat bagi pasukan penyelamat.

Namun kata beliau dalam satu laporan media, mereka akan menebuk dan memakai peralatan yang lebih kecil memandangkan peralatan bersaiz besar mungkin menyebabkan rekahan sehingga mengakibatkan runtuhan.

Kediaman di kawasan komuniti tersebut turut dilaporkan hangus terbakar dan dikatakan kekal marak untuk tempoh hampir sejam sebelum ia berjaya dipadamkan.  Kejadian melibatkan runtuhan bangunan di Bangkok adalah jarang seperti dilaporkan di dalam media.

Sumber: Bernama

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *