Banjir Di Indonesia Dan Timor Leste, Angka Kematian Meningkat Kepada 157 Orang | Taufan Tropika Seroja dilaporkan telah melanda kepulaun-kepulauan Asia Tenggara pada hujung minggu sehingga  mengakibatkan banjir besar telah berlaku di beberapa negara seperti Indonesia dan Timor Leste serta kehilangan tempat tinggal oleh penduduk tempatan, di sini.

Banjir Di Indonesia Dan Timor Leste, Angka Kematian Meningkat Kepada 157 Orang

Sekurang-kurangnya 157 orang telah terbunuh bersama puluhan masih lagi dilaporkan hilang selepas negara tersebut dilanda taufan tropika yang turut melanda negara-negara Asia Tenggara kata pihak pengurusan bencana di Indonesia dalam satu laporan.

Sebelum ini dikhabarkan angka kematian telah mencatatkan 130 orang serta beribu penduduk dilaporkan masih hilang di sekumpulan kepulauan kecil berhampiran Timor Leste, namun 27 daripadanya secara rasmi telah disenaraikan sebagai mati menurut laporan media tempatan.

Pasukan penyelamat Indonesia kini sedang berusaha untuk mencari lebih 70 orang mangsa yang hilang menggunakan mesin penggali bagi membersihkan serpihan runtuhan selepas dilanda taufan tropika seroja di kepulaun-kepulauan berdekatan sini, baru-baru ini.

Usaha menyelamat dirundung rintangan apabila kawasan tersebut telah terputus bekalan elektrik, jalan raya juga telah dipenuhi selut, lokasi terjejas juga agak terpencil  dan cuaca buruk yang berterusan.

Menurut laporan media tempatan, ribuan rumah serta hospital dan jambatan rosak dan musnah akibat bencana sementara lebih 10,000 orang melarikan diri ke tempat perlindungan. Cuaca juga dijangkakan bakal menjadi lebih buruk selepas ini akibat dilanda taufan yang berterusan sehingga menganggu proses menyelamat.

Menurut laporan agensi Indonesia adalah negara yang terdedah terhadap tanah runtuh serta banjir kilat semasa musim hujan, sementara posisinya di Ring of Fire, iaitu busur gunung berapi dan garis sesar di lembah Pasifik, membuatkan ia juga terdedah terhadap gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami. Pada bulan Januari yang lalu, 40 orang dilaporkan mati dalam bencana banjir kilat di kota Sumedang, Jawa Barat.

Kira-kira 125 juta orang Indonesia, iaitu hampir separuh daripada populasi rakyat di negara tersebut dikhabarkan tinggal di kawasan yang berisiko tanah runtuh, menurut agensi bencana negara itu dalam satu laporan.

Sumber: The Guardian

Share.

Leave A Reply