Bantah Kerjasama GPS-PN, 5 Ahli Politik Ditahan | Voon Lee Shan iaitu Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), bersama empat lagi pemimpin parti itu ditahan, semalam, kerana terbabit dalam bantahan terhadap kerjasama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan Perikatan Nasional (PN).

New York state police handcuff and shackle 'combative' five-year-old | New  York | The Guardian

Difahamkan, mereka menaiki lima kenderaan berkonvoi sekitar bandar raya ini sambil melaungkan ‘Say no to PAS’ petang kelmarin.

Bantahan itu diadakan kerana parti terbabit tidak menerima PAS yang menjadi komponen utama PN.

Sumber berkata, kelima-lima ahli politik itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga, di sini, kira-kira jam 11 malam tadi.

Jurucakap polis berkata, siasatan terhadap lima ahli politik itu dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Lee Shan dalam hantaran di akaun Facebooknya berkata, mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching untuk mendapatkan perintah tahanan reman, hari ini.

Ahad lalu, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, mengumumkan keputusan GPS untuk menyertai kerajaan campuran bersama PN, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Keputusan itu turut dibantah ramai pihak khususnya kalangan pertubuhan bukan Islam yang tidak mahu kerjasama dengan PAS kerana didakwa dianggotai ‘pentaksub perkauman’.

Malah satu petisyen dalam talian dilancarkan di Change.org menggesa Ahli Parlimen beragama Kristian dari GPS menolak kerjasama dengan PN.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel Lain

Bekas Ahli Politik Ditahan Terbabit Sindiket Pemerdagangan Orang. | Georgetown: Bekas ahli politik antara 11 individu yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan sindiket pemerdagangan orang dan berselindung di sebalik pusat pemulihan alkohol dan dadah di Seberang Perai Selatan, di sini, Khamis lalu.

Pusat pemulihan itu diserbu anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menerusi Op Pintas yang dijalankan jam 12.10 tengah malam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pada serbuan itu seramai tujuh individu disyaki mangsa pemerdagangan orang berjaya diselamatkan dan seorang lelaki turut ditahan.

Katanya, siasatan membawa kepada beberapa siri serbuan yang dijalankan bersama IPK Kedah dan berjaya menahan seorang wanita dan enam lelaki selain menyelamatkan tiga lagi mangsa.

“Susulan itu, satu lagi serbuan dijalankan di daerah Timur Laut pada jam 8.25 malam tadi dan berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita serta menyelamatkan tiga lagi mangsa.

“Keseluruhan mangsa yang berjaya diselamatkan ialah seramai 13 individu berusia antara 22 hingga 62 tahun dan polis masih menyiasat dari mana mangsa berasal,” katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan yang beroperasi hampir dua tahun lalu itu menyasarkan individu yang mempunyai masalah ketagihan dadah dan alkohol.

Katanya, kesemua mangsa yang diselamatkan dipaksa bekerja di kedai kereta, servis pendingin hawa, kedai kayu dan kedai makan tanpa dibayar gaji serta tiada cuti rehat.

“Pemeriksaan fizikal mendapati kebanyakan mangsa mempunyai kesan kecederaan akibat dipukul dan ada waris yang membayar antara RM1,200 hingga RM1,500 bagi membolehkan individu itu menjalani pemulihan di situ.

“Seorang yang tahan adalah bekas ahli politik berusia 50-an yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di peringkat Parlimen dan Adun namun kalah serta hilang wang pertaruhan, jadi kita tidak mahu ia dipolitikkan pada masa ini.

“Didapati pusat pemulihan dua tingkat itu tidak berdaftar dan bekas ahli politik itu terbabit adalah pengasasnya malah polis juga masih menyiasat mengenai pemilikannya,” katanya.

Antara barangan yang dirampas ialah rotan, rantai besi serta mangga, paip pvc, besi penyambung katil, komputer riba, telefon bimbit, dokumen dan jaring besi bersama kad penghuni.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply