Bantuan Sebanyak RM1,000 Akan Diberikan Kepada Semua Mangsa Perlanggaran LRT | Negara telah digegarkan dengan berita berlakunya kemalangan yang melibatkan kenderaan awam dan begitu ramai orang awam terlibat dalam kemalangan itu. Kemalangan yang berlaku di Kelana Jaya itu berpunca dari pertembungan dua tren LRT.

Bantuan Sebanyak RM1,000 Akan Diberikan Kepada Semua Mangsa Perlanggaran LRT

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah, dua tren LRT itu telah bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC. Dipercayai bahawa kedua-dua tren itu bergerak dalam terowong di laluan yang sama iaitu di laluan Kelana Jaya.

Berlaku pelanggaran antara koc tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kampung Baru yang dipandu secara automatik dengan koc daripada Stesen Kampung Baru menghala ke Stesen KLCC dipandu secara manual. Pemandu yang yang memandu daripada setesen KLCC tidak dapat mengesan kehadiran koc daripada Kampung Baru kerana berlaku masalah perhubungan daripada pusat kawalan.

Seramai 213 penumpang telah terlibat dalam kemalangan itu , dilaporkan 47 penumpang cedera parah, manakala 166 yang lain mengalami cedera ringan. Kejadian sedang disiasat bawah Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010.

Menurut Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman, kesemua penumpang yang menjadi mangsa dalam kemalangan itu turut diberikan bantuan khas sebanyak RM1,000 seorang. 64 penumpang yang dimasukkan ke hospital akan mendapat sokongan perubatan dalam bentuk kewangan, termasuk bayaran bil hospital sehingga selesai rawatan.

Enam daripadanya dilaporkan kritikal dengan tiga penumpang dimasukkan ke ICU dan memerlukan bantuan pernafasan. Manakala bagi mereka yang hilang pendapatan susulan insiden ini akan dibantu untuk kelangsungan hidup mereka sehingga dapat bekerja semula.

Tajuddin turut meminta mangsa supaya segera menghubungi Prasarana di talian 014-7371330 bagi mendapatkan bantuan kewangan yang disediakan atau mendapatkan barangan peribadi yang ditinggalkan dalam gerabak.

Sumber: Free Malaysia Today

Share.

Leave A Reply