Masalah mental dipercayai punca lelaki Myanmar tergamak mencampak tiga anaknya dari jejambat setinggi 20 meter.

Bapa Campak Anak Dari Jejambat. Ini Penjelasan Sebenar PDRM

Kejadian berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sebelum terjun di tempat sama, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memberi kenyataan berhubung kes ini ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Eng Lai, dua anaknya yang berusia enam dan tujuh tahun maut di tempat kejadian.

Manakala, seorang lagi mangsa yang dianggarkan berusia lima tahun kritikal.

Ibu kanak-kanak berkenaan, warga Myanmar juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telah dirakam keterangan pada Selasa.

Hasil siasatan awal, suspek dipercayai mengalami masalah mental menyebabkan dia melakukan perkara itu.

Mangsa yang terselamat berada dalam keadaan kritikal dan diberikan ubat pelali oleh pasukan perubatan di Hospital Selayang.

Pada Selasa Sinar Harian melaporkan, dua kanak-kanak warga Myanmar maut akibat dicampak bapa mereka dari jejambat di Jalan MRR2 di sini.

Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun itu dilihat berjalan sambil menggendong seorang kanak-kanak.

Manakala, dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.

Polis dalam kenyataan berkata, kesemua kanak-kanak dan suspek terbabit ditemui berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya di sini.

Kesemua mangsa dipercayai warga Myanmar kerana pemeriksaan di lokasi menemui dua kad UNHCR untuk orang pelarian milik suspek dan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply