Bapa Dan 2 Anak Maut Treler Dinaiki Terbabas Dan Terbalik.

| November 2, 2020 | 0 Comments

Bapa Dan 2 Anak Maut Treler Dinaiki Terbabas Dan Terbalik. | Tiga termasuk dua kanak-kanak lelaki maut selepas treler dinaiki bersama terbabas dan terbalik di Jalan Kota Lama Bharu di sini, malam tadi.

Kejadian sekitar jam 10.20 malam itu membabitkan seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun dan dua anaknya berusia 8 dan 6 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, ketiga-tiga mereka meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.

“Anggota mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kedudukan treler yang terbalik.

“Bantuan daripada jentera berat iaitu kren, jentolak dan excavator digunakan bagi mengeluarkan semua mangsa,” katanya.

Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng pada jam 10.28 malam membabitkan sebuah treler muatan simen.

“Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira tiga jam. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.19 pagi tadi,” katanya.

Mayat mangsa telah diserah kepada polis dan dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.

Sumber : SH

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *