Bapa Didakwa Cabul Anak Kandung Usia 13 Tahun

| April 12, 2021 | 0 Comments

Bapa Didakwa Cabul Anak Kandung Usia 13 Tahun | Harapkan pegar, pegar makan padi itulah pepatah yang sesuai untuk mengambarkan situasi ini. Seorang anak yang sepatutnya mendapatkan perlindungan dari sang ayah ternyata menjadi mangsa ayahnya sendiri apabila ia dicabul di kediaman mereka sehinggakan ia merasa trauma.

Bapa Didakwa Cabul Anak Kandung Usia 13 Tahun

Kuala Terengganu: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan amang seksual terhadap seorang anak gadisnya yang berusia 13 tahun, tahun lalu.

Walaubagaimanapun, tertuduh yang berusia 43 tahun itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Marang, di sini di antara jam 8 pagi sehingga jam 6.30 petang pada Disember tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKKSTKK 2017) dan boleh juga dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 25 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan yang sama di alamat, masa dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 14 (1) AKKSTKK 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Terdahulu, tindakan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *