REMBAU – Perjalanan seorang bapa bagi menghantar empat anaknya ke sekolah berakhir dengan tragedi apabila kenderaan yang dinaiki terbakar berhampiran sebuah lampu isyarat di Chembong, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Zulfadzli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.20 pagi dan segera ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

Menurutnya, sebaik tiba didapati kebakaran membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Livina sedang terbakar ketika pemandunya berusia 44 tahun dalam perjalanan menghantar empat anak berusia enam hingga 17 tahun ke sekolah.

“Pemandu menyatakan setibanya berhampiran lampu isyarat tersebut, dia terbau benda hangit dan segera ke bahu jalan. Penunggang motosikal yang turut sama di lokasi mendapati ada asap di bahagian hadapan kereta.

“Kesemuanya anaknya tiga lelaki dan seorang perempuan segera keluar dari kenderaan ke tempat yang lebih selamat. Mangsa segera menghubungi talian Mers 999 bagi bantuan lanjut,” katanya hari ini.

Ujar beliau, kenderaan berkenaan dianggarkan terbakar sekitar 90 peratus, manakala, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Warga Emas M4ut, 2 Motosikal Berlanggar & Terbakar

LUMUT – Seorang maut manakala seorang parah apabila dua motosikal berlanggar dan terbakar dalam kemalangan di Jalan Pantai Remis-Changkat Jering, berhadapan bekas sebuah stesen minyak di Pantai Remis, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Ramli Abdul Hamid, 60, yang mana 40 peratus tubuhnya melecur, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa yang juga nelayan dan berasal dari Pantai Remis dalam perjalanan ke Tebuk Panchor untuk bekerja.

Mangsa yang parah pula ialah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berusia 39 tahun yang juga melecur 40 peratus tubuhnya, dan dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd. Akmal Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi.

“Sebaik tiba, didapati terdapat kemalangan melibatkan dua mangsa masing-masing menunggang sebuah motosikal Modenas Kriss dan Yamaha Sport yang terbakar.

“Didapati kedua-dua motosikal terbakar 90 peratus dan seorang mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir manakala seorang lagi cedera parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, mangsa yang juga nelayan dan berasal dari Pantai Remis dalam perjalanan ke Tebuk Panchor untuk bekerja.

Mangsa yang parah pula ialah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berusia 39 tahun yang juga melecur 40 peratus tubuhnya, dan dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan.

Beliau yang mengetuai sendiri operasi itu menjelaskan anggotanya bertindak memadam kebakaran menggunakan pam dari jentera bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

Katanya, mangsa yang cedera dibawa menaiki ambulan ke HSM manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operas itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.48 pagi.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply