Bapa Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Mencabul Anak Kandung |Seorang bapa sepatutnya melindungi dan menjaga anak-anak namun berbeza buat kanak-kanak ini apabila bapa yang sepatutnya melindungi dirinya ternyata sanggup untuk melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadapnya.

Bapa Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Mencabul Anak Kandung

Kota Bharu: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul anak perempuan kandungnya yang berusia lima tahun sembilan bulan, pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 37 tahun itu menafikan pertuduhan ke atasnya dan meminta dibicarakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual mencabul pada bahagian kemaluan anaknya yang berusia lima tahun sembilan bulan di sebuah bilik di dalam rumah di Pasir Puteh, jam 3 petang pada Mac 2020.

Kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 yang sama dan dibaca bersekali dengan Seksyen 16 Akta yang sama.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, lelaki yang bekerja sebagai buruh didakwa dengan maksud seksual melakukan seks oral kepada mangsa yang sama pada masa dan lokasi yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 yang sama dan dibaca bersekali dengan Seksyen 16 Akta yang sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memberitahu dia mempunyai tanggungan anak dan isteri serta ada penyakit.

Katanya, dia tidak melakukan perkara itu dan tidak tahu apa-apa.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply