Bapa seorang pelakon remaja boleh didakwa atas perbuatannya melakukan gangguan seksual terhadap remaja tersebut dalam insiden yang dipercayai berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

Bapa Pelakon Remaja Boleh Dikenakan Tindakan. 'Ini' komen Lanjut Peguam..

Peguam, Ng Xin Ru berkata, tiada had masa ditetapkan untuk pendakwaan terhadap sebarang kes jenayah.

Beliau berkata, berdasarkan pendedahan dibuat oleh pelakon remaja itu, bapanya boleh disiasat dan didakwa atas tiga kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Antaranya membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) berkaitan peruntukan menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak bagi maksud seksual dan Seksyen 15 (c) iaitu melakukan aktiviti bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak.

Menurut beliau, Seksyen 15(e) akta itu turut memperuntukkan kesalahan menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual atau audio mengenai mana-mana orang lain yang melakukan aktiviti bersifat seksual.

Beliau memaklumkan, memang boleh didakwa untuk kes ini (bapa mangsa). Mangsa boleh buat laporan polis dan jika pihak polis buka kertas siasatan dan didapati memang ada kesalahan dilakukan, pendakwa raya boleh buat pertuduhan ke atas bapanya.

Baru-baru ini, pelakon remaja berkenaan menerusi satu temu bual di akaun YouTube membuat pendedahan mengenai kisah silamnya yang berhadapan dengan beberapa gangguan seksual daripada bapa kandungannya.

Pelakon remaja itu mendakwa, ketika dia berumur lima tahun, bapanya bukan sahaja sering mencabulnya, malah turut melakukan onani di hadapannya dan mengajak untuk menonton video lucah bersama-sama.

Xin Ru berkata, pembuktian bagi kes sedemikian kebiasaannya bergantung kepada keterangan mangsa sendiri.

Jelasnya, walaupun kanak-kanak, dia masih boleh memberi keterangan dan dianggap sebagai seorang saksi yang kompeten.

Tambahnya lagi, mahkamah boleh menyabitkan seseorang tertuduh (bapanya) berdasarkan keterangan kanak-kanak tersebut tanpa memerlukan sebarang keterangan sokongan daripada mana-mana pihak lain.

Beliau menjelaskan, hal ini berdasarkan kepada undang-undang yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Ujarnya, bagi kesalahan dilakukan yang membabitkan kehadiran individu lain selain kanak-kanak tersebut, Xin Ru berkata, keterangan juga boleh diambil daripada pihak berkenaan.

Beliau berpendapat, bagi kesalahan onani, ibu mangsa boleh memberi keterangan memandangkan ibu mangsa merupakan seorang saksi mata yang berada di tempat kejadian sewaktu kesalahan tersebut.

Sementara itu, bapa pelakon remaja itu telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.

Katanya, setakat ini tiada laporan diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply