Bapa Pijak Dan Ugut Bunuh Anak Dihukum Penjara 22 Tahun

| April 27, 2021 | 0 Comments

Bapa Pijak Dan Ugut Bunuh Anak Dihukum Penjara 22 Tahun | Sebelum ini tular  mengenai rakaman seorang lelaki yang mencetuskan kemarahan orang ramai selepas dia bertindak memijak dan mengugut untuk membunuh dua anak kandungnya pada 13 April lalu sebelum ia ditahan di Kampung Andun Jalan Kabogan, Semporna keesokan harinya.

Bapa Pijak Dan Ugut Bunuh Anak Dihukum Penjara 22 Tahun

Tawau: Seorang lelaki dihukum penjara selama 22 tahun atas kesalahan mendera dua orang anak kandungnya, di Mahkamah Seksyen di sini, pada Selasa.

Nasir Basir, yang juga warganegara Indonesia terdahulu membuat pengakuan bersalah di atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuan dan lelakinya yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun di rumah pekerja Ladang Giram Divisyen Ulu Balung, Jalan Tawau-Kunak pada jam 3 petang, 13 April 2021.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda sebanyak RM 50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kershanathan Pathmanathan manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuan mengurangkan hukuman, berkata bahawa ketika itu dia berada dalam keadaan tertekan kerana masalah rumah tangga dan dia bertindak sedemikian kerana ingin isterinya pulang ke rumah.

Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun bagi setiap pertuduhan dan dijalankan secara berasingan.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *