Barat Australia Dilanda Taufan Seroja

| April 11, 2021 | 0 Comments

Barat Australia Dilanda Taufan Seroja | Kerosakan telah berlaku di barat Australia apabila taufan yang diberikan nama sebagai Taufan Seroja telah melintasi kawasan itu. Taufan Seroja itu telah melintasi kawasan seluas 1,ooo KM bersamaan 621 batu.

Barat Australia Dilanda Taufan Seroja

Taufan Seroja itu telah dikategorikan sebagai badai kategori ketiga.Peristiwa itu telah berlaku berhampiran dengan kawasan bandar Kalbarri pada ahad lalu. Taufan itu telah hadir dengan kekuatan angin selaju 170KM/jam dan ia bergerak menuju ke arah tenggara.

Para penduduk di kawasan itu telah melaporkan kerosakan yang dialami oleh mereka. Antaranya adalah kerosakan pada rumah, pokok tumbang dan tiang elektrik yang telah jatuh disebakan oleh taufan yang melintas itu.

Menurut penduduk Kalbarri, kejadian itu telah berlaku kira-kira pada jam 7 malam waktu tempatan (11:00 GMT). Taufan itu telah dikatakan mengamuk sepanjang malam dan membuatkan penduduk di situ berada dalam keadaan ketakutan. Ini kerana taufan itu begitu menakutkan.

Biro Meteorologi telah memaklumkan bahawa Taufan Seroja yang melintasi barat Australia itu berada dalam keadaan yang luar biasa ketika itu. Taufan itu telah bergerak dari bandar Kalbarri dan di pesisir  Geraldton dan ke daratan di seberang “Wheatbelt” di negeri itu.

Walaupun ribut itu telah lemah, namun hembusan angin yang lebih perlahan masih dijangkakan akan berlaku pada hari isnin. Dijangkakan juga kelajuan angin yang bakal berlaku pada hari isnin nanti adalah selaju 110KM/jam.

Beberapa bandar yang terletak di tenggara bandar itu masih diberikan tanda ‘amaran merah’. Dengan itu penduduk di kawasan itu dinasihatkan untuk berlindung.

Pada pagi Isnin, agensi perkhidmatan kecemasan memaklumkan masih terlalu awal untuk menilai sejauh mana kerosakan yang berlaku.

Agensi ini menerima sebanyak 175 panggilan untuk meminta bantuan dalam tempoh 24 jam, kata jurucakap Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan kepada BBC. Ribuan kediaman dikatakan tidak mempunyai bekalan elektrik.

Sumber: Malaysia Gazette

Tags: ,

Category: INFORMASI, Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *