Baru Dibebaskan, Long Tiger Ditahan Semula, Ini Puncanya..

| May 3, 2020 | 0 Comments

Baru Dibebaskan, Long Tiger Ditahan Semula, Ini Puncanya.. | Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor mengesahkan menahan semula individu digelar Long Tiger bersabit kes baru dilaporkan di Tangkak semalam yang membabitkan elemen pemerasan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, permohonan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi dan Multimedia sudah ditolak oleh Majistret Mahkamah Muar semalam.

“Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan, dia boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

“Permohonan reman dibuat mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Majistret membenarkan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 5 Mei,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tahanan reman suspek adalah diperlukan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut dan mengenal pasti sejauh mana pembabitan suspek dalam kes itu.

“Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih di peringkat siasatan.

“Tindakan yang diambil oleh pihak polis adalah mengikut peruntukan undang-undang demi keadilan semua pihak,” katanya.

Sumber : MyMetro

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *