Setelah lafaz akad nikah termeterai, sudah pasti setiap pasangan mengharapkan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat.

Namun kalau sudah takdir Tuhan mengatakan sebaliknya, ia seperti satu ujian yang sangat berat untuk dilalui. Situasi ini yang turut menimpa sepasang suami isteri ini telah terlibat dalam satu nahas jalan raya.

Majlis sanding yang sepatutnya berlangsung pada 27 November ini tetapi Allah S.W.t lebih sayangkan pada si suami.

Dalam nahas yang berlaku di Perling, Johor Bahru tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Harith Iqbal bagaimanapun tidak dapat diselamatkan manakala isterinya pula cedera ringan.

Bukan hanya isteri yang turut bersedih, malah seisi keluarga mentua turut meraasa kehilangan tersebut di mana antara mereka bertukar sebak ketika keluar membeli barangan untuk majlis tahlil.

Sedangkan sepatutnya mereka semua perlu membuat persiapan majlis bersanding untuk pasangan berkenaan.

Namun apa yang lebih menyedihkan apabila pasangan berkenaan khabarnya baru sahaja lebih kurang tiga minggu bernikah iaitu pada 13 Oktober yang lalu.

Malah mereka berdua sepatutnya mengadakan majlis bersanding pula pada 27 November akan datang selain segala persiapan sudah dilakukan.

“Orang cuba jadi kuat untuk awak sayang” ujar isteri kepada mangsa.

Ketika berada di Jabatan Perubatan Forensik, isteri kepada mangsa yang trauma melihat kejadian tersebut lemah longlai selain tidak berhenti menangis sambil ditenteramkan oleh ahli keluarga terdekat.

Malah ketika Allahyarham Harith Iqbal sudah dikafankan, wanita tersebut masih setia tidur di sisi sambil menunggu urusan pengebumian dilakukan.

“Isteri dia kejut, ‘B, bangun B’.. Dia goncang badan suami dia, kata saksi yang bernama Ayu.

Salah seorang saksi yang melihat nahas tersebut sempat menceritakan detik-detik sedih ketika kejadian.

Jelas Ayu bahawa kelihatan cukup luluh ketika beliau melihat wanita berkenaan cuba mengejutkan mangsa yang sedang nazak berkali-kali sambil goncangkan badan.

@ayusoyyy

Salam takziah pada adek yg baru kehilangan suami dia malam minggu haritu , exident di jalan nak ke bandar dari putri habour. Apa apa pun hargai pasangan masing masing dan jadikan iktibar 😌 #fypシ゚viral #exident #hargaipasanganmuselagimasihada #sygpasangan #fypdongggggggg #fyp

♬ bunyi asal – Ayusoyyy – Ayusoyyy

Ramai netizen yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga mangsa berada dalam golongan yang beriman. Semoga isteri mangsa menjadi orang yang kuat dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber : KisahDunia

 

Share.

Leave A Reply