Bas Bawa Ahli Parlimen BN Dilihat Memasuki Istana Negara

| August 18, 2021 | 0 Comments

Bas Bawa Ahli Parlimen BN Dilihat Memasuki Istana Negara | Berkenaan perlantikan Perdana Menteri, semua ahli parlimen diminta menghadap di Istana Negara, kelihatan ahli Parlimen BN hadir naiki bas.Baca selanjutnya..

Petaling Jaya – Barisan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sekali lagi menaiki bas untuk menuju ke Istana Negara pada pagi ini.

Sebelum ini mereka turut menaiki bas iaitu pada 25 Februari tahun lalu selepas dititah mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika pemilihan calon Perdana Menteri kelapan.

Antara yang kelihatan adalah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang); Tan Sri Annuar Musa (Ketereh).

Turut kelihatan, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau); Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu); Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands); Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Datuk Salim Sharif (Jempol) berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *