Bas Persiaran Rempuh Tiga Kereta, Enam Cedera | Enam individu cedera dalam nahas empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Razak Lebuh Ayer Keroh, berhampiran kilang besi, petang semalam.

Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat sebuah kilang besi di Jalan Tun Razak, Lebuh Ayer Keroh, petang semalam. Foto/Ihsan PDRM

Dalam kejadian jam 3.08 petang itu, mereka yang cedera ialah dua penumpang bas berkenaan, pemandu dan penumpang Perodua Myvi serta pemandu dan penumpang Nissan Almera, berusia 24 hingga 64 tahun.

Bagaimanapun, pemandu bas berusia 50 tahun serta seorang anggota bomba di Singapura berusia 56 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 3.10 petang sebelum sepasukan anggota ke tempat kejadian untuk siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bas jenis Hino itu dalam perjalanan dari Pusat Bandar menghala ke Ayer Keroh dan keadaan jalan di tempat kejadian lurus dan rata serta cuaca tidak hujan.

Bewliau juga berkata bahawa kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang melepasi persimpangan lampu isyarat, melanggar belakang Perodua Myvi di hadapan hingga menyebabkan berlaku rempuhan dua lagi kereta di hadapan.

Beliau menyata dalam kenyataan hari ini bahawa akibat pelanggaran itu dua penumpang bas, pemandu dan penumpang Perodua Myvi, serta pemandu dan penumpang Nissan Almera cedera.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan dengan dua daripadanya ditempatkan di zon kuning manakala empat lagi di zon hijau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai hingga menyebabkan kemalangan.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel Lain

Bas Rempuh Belakang Lori, Pemandu Dan Penumpang Cedera

Bas Rempuh Belakang Lori, Pemandu Dan Penumpang Cedera | Pemandu sebuah bas ekspres dan seorang penumpang cedera selepas kenderaan itu dipercayai merempuh belakang sebuah lori muatan buah-buahan di Kilometer 317.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi ini.

Pemandu, penumpang cedera, bas rempuh belakang lori di Lebuhraya Utara Selatan

Pemandu berusia 42 tahun mengalami kecederaan di perut manakala penumpang wanita berusia 28 tahun, luka di dagu.

Kemalangan yang melibatkan bas membawa 16 penumpang itu turut menyebabkan buah-buahan yang dibawa lori bertaburan di atas lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 2.45 pagi.

Beliau berkata dalam kenyataan hari ini bahawa hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang dalam perjalanan daripada Bukit Kayu Hitam menuju ke Selayang, dipercayai dilanggar di bahagian belakang oleh sebuah bas ekspres.

Menurutnya, pemandu dan penumpang bas yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Wan Azharuddin berkata, pemandu lori yang berusia 26 tahun serta 15 penumpang bas ekspres yang lain tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

 

Van & Bas Ekspres Bertembung, Pemandu Van M4ut Dan Kanak-Kanak Cedera

Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan bas ekspres di Kilometer (KM) 24 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam.

Mangsa yang maut adalah pemandu van, Mhd Rizuan Ishak, 43, yang tersepit dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu turut menyebabkan seorang kanak-kanak, Muhamad Ihtisyam Muazam ShahIdris, 11, yang juga penumpang bas ekspres patah tulang pipi pada sebelah kanan dan kini dirawat di Hospital Gua Musang.

Baki 32 yang lain iaitu 31 penumpang dan seorang pemandu bas selamat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku apabila van dipandu Mhd Ridzuan dari Gua Musang menghala Kuala Krai dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres dari Klang menuju Kubang Kerian.

“Bas ekspres cuba mengelak, namun jarak van yang membawa muatan barang elektronik itu terlalu dekat menyebabkan kedua-duanya bertembung dan terbabas ke laluan sebelah kanan jalan menghala Kuala Krai.

Keadaan van yang remuk selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Gua Musang. - Foto ihsan PDRM

“Pemandu van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Seorang penumpang bas mengalami kecederaan patah tulang pipi sebelah kanan dan mendapat rawatan susulan di hospital yang sama.

“Ketika kejadian permukaan jalan basah dan cuaca hujan renyai-renyai,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sumber : BH

Share.

Leave A Reply