Gara-gara perbuatan “orang luar” meluangkan azan Maghrib awal daripada waktu sebenar, menyebabkan penduduk di sebuah kampung di Simunjan terpaksa menggantikan puasa mereka.

Dosa diampunkan sejauh bunyi azan. Kelebihan tok bilal yang ramai tak tahu  - Sinar Islam Plus

Difahamkan, insiden tersebut dikatakan berlaku pada empat hari yang lalu menyebabkan penduduk di situ berbuka puasa pada waktu yang awal atau sebelum waktu Maghrib sebenar.

Berikutan itu, Jabatan Mufti Sarawak dalam memorandum rasmi yang tular di WhatsApp berpandangan bahawa puasa bagi penduduk yang terlibat adalah terbatal.

Jelasnya, penduduk di kawasan tersebut diwajibkan untuk diqadha’ semula kerana telah berbuka sebelum masuk waktunya.

“Hal ini kerana tempoh berpuasa menurut syarak adalah bermula setelah terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan bukan berakhir dengan laungan azan.

“Firman Allah SWT yang bermaksud: “…dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);…” (Surah al-Baqarah, ayat 187).

Sehubungan itu, Jabatan Mufti Sarawak menyarankan agar masyarakat Islam lebih peka dan berhati-hati terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan waktu berbuka puasa.

Sumber : Borneo Network

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA

‘Kaki Ponteng Puasa’ Lari Lintang-Pukang Slps Nampak Van Putih

KEGIATAN ponteng puasa oleh beberapa individu terbantut selepas pihak berkuasa menemui tempat sarang mereka melakukan aktiviti tersebut yang terletak berhampiran chalet terbengkalai di Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah.

Pegawai Agama Daerah Padang Terap, Ahmad Muzzamil Yub berkata, kumpulan tersebut bertempiaran lari sebaik melihat kehadiran van putih milik pihaknya dalam operasi Ops Ramadan pada Selasa.

Kerana bimbang ditahan, kesemua individu terbabit juga tidak sempat untuk membawa barangan mereka yang ditinggalkan di pondok rehat di kawasan tersebut.

Ahmad Muzzamil berkata, antara yang ditemui ketika pemeriksaan adalah beberapa botol minuman berisi air ketum.

“Ketika pemantauan dilakukan, kita turut mengesan rokok masih berasap dipercayai dibuang individu tersebut.

“Kita melakukan pemantauan di banyak tempat sekitar Padang Terap selain pondok rehat itu dan mendapati lebih kurang 13 individu yang bertempiaran lari sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa,” katanya seperti dilaporkan Kedah Online. ( Also Check out Fanacy Fonts For Instagram )

Operasi yang dilakukan oleh Pejabat Agama Daerah Padang Terap itu melibatkan lapan anggota yang diketuai oleh Ketua Unit Penguat kuasa, Zafri Zainul Abidin.

Dalam pada itu, Ahmad Muzzamil memaklumkan, terdapat taktik lain turut dikesan pihaknya yang digunakan golongan kaki ponteng puasa di kawasan tersebut.

Ia termasuk menggunakan kedai bukan Muslim untuk mendapatkan bekalan makanan.

Menurut, cara licik itu dibuat dengan cara meletakkan makanan yang dibuat oleh peniaga Islam di kedai bukan Islam termasuk kedai runcit.

Beliau memberi amaran kepada individu terlibat supaya berhenti daripada melakukan perbuatan tersebut kerana ia dikhuatiri mencemarkan imej Islam.

Katanya, tindakan boleh diambil kepada individu yang makan atau minum di khalayak ramai pada bulan Ramadan di bawah Seksyen 14 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Jelas beliau, mana-mana individu dikesan tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan,minuman, rokok dan benda lain seumpamanya untuk dimakan, diminum ataupun dihisap dalam waktu berpuasa juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 (a) enakmen sama.

Ahmad Muzzamil berkata, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali bagi kedua-kedua kesalahan tersebut.

Paada masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa orang ramai boleh membuat aduan berkenaan aktiviti tersebut memlalui imam kariah atau Pejabat Agama untuk tindakan lanjut.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply