Seorang wanita yang melakukan saringan kendiri Covid-19 dikejarkan ke hospital selepas secara tidak sengaja tertelan batang ujian calitan tersebut.

Batang 'Swab Test' Covid-19 Tersekat Dalam Kerongkong. Ini Puncanya...

Lapor Daily Mail, Bobby Lee, 31, terpaksa melakukan prosedur rawatan untuk mengeluarkan batang ujian calitan Covid-19 itu.

Ujian calitan tersebut sepanjang enam inci atau 15.2 sentimeter (cm) yang tersangkut di kerongkongnya.

Menurut Lee, insiden itu berlaku pada bulan lalu apabila dia melakukan ujian saringan kendiri Covid-19 kerana berasa tidak sihat.

Lee merupakan antara ratusan warga Britain yang mengalami cedera semasa menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 .

Ketika kejadian, Lee berada di tempat kerja dan memutuskan untuk melakukan saringan kendiri setelah berasa tidak sihat selepas syif malam.

“Sebaik sahaja dia memasukkan batang ujian calitan Covid-19 ke dalam mulutnya, ia `tergelincir’ dan tersangkut.

“Lee tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan cuba menelan batang ujian calitan itu namun ia tersangkut di bahagian kerongkongnya.

“Wanita itu dibawa ke klinik di tempat kerjanya sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran yang mana dia terpaksa menjalani prosedur kecemasan,” jelas laporan itu.

Pakar bedah berjaya menemukan batang ujian calitan itu dengan memasukkan kamera kecil ke dalam kerongkongnya sebelum menggunakan alat khas untuk menarik keluar.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply