Seorang bayi perempuan dianggap ‘bayi ajaib’ selepas dilahirkan ketika ibunya dihempap sehingga meninggal dunia oleh sebuah lori dalam kemalangan di Uttar Pradesh, India.

'Bayi Ajaib'. Wanita Dihempap Lori Sehingga Bayi 'Terkeluar' Dari Rahim

Menurut Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ daripada rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku.

Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor telah mengesahkan bahawa bayi itu berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal.

Pihak polis di Narkhi menyatakan bahawa kemalangan maut itu telah melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun.

Ketika kejadian, mangsa sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.

Menurut saksi di tempat kejadian, dia mendakwa bahawa suami mangsa cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan.

Namun, suami mangsa hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.

Lebih pilu lagi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ‘ajaib’ ketika sedang nazak di tempat kemalangan.

'Bayi Ajaib'. Wanita Dihempap Lori Sehingga Bayi 'Terkeluar' Dari Rahim

Dalam pada itu Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta telah memberikan kenyataan mengenai bayi itu.

Katanya, bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.

Tali pusatnya mengalami sedikit masalah dan terdapat kecederaan kecil pada pusatnya disebabkan kemalangan itu.

Namun, bayi itu hanya memerlukan rawatan perubatan.

Katanya, dia ada melihat foto kemalangan, sebahagian besar badan si ibu telah dihempap. Jadi memang satu keajaiban apabila bayi itu selamat.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply