Bayi Lelaki Ditemukan Di Dalam Plastik Hitam Belakang Rumah Milik Warga Asing

| May 20, 2021 | 0 Comments

Bayi Lelaki Ditemukan Di Dalam Plastik Hitam Belakang Rumah Milik Warga Asing | Kes pembuangan bayi dilihat seperti tiada kesudahan selepas dilaporkan seorang bayi lelaki telah ditemui di dalam beg plastik berhampiran belakang sebuah rumah milik warga asing sejurus dia dikatakan terdengar suara tangisan di Kampung Sungai Kayu Ara, di sini awal pagi tadi.

Bayi Lelaki Ditemukan Di Dalam Plastik Hitam Belakang Rumah Milik Warga AsingBayi Lelaki Ditemukan Di Dalam Plastik Hitam Belakang Rumah Milik Warga Asing

Bayi tersebut dikatakan ditemui dalam keadaan masih bernyawa namun dikerumuni semut serta masih bertali pusat selepas ditinggalkan di atas meja rumah terbabit. Bayi tersebut dilaporkan telah ditemui oleh tuan rumah terbabit pada jam 4.50 pagi sebelum dia bertindak melaporkannya kepada pihak polis di daerah tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menerusi Berita Harian, pihak polis mengesyaki bahawa ibu kepada bayi tersebut bukan berasal dari kampung tersebut memandangkan tiada ibu mengandung yang direkodkan tinggal di kawasan berkenaan.

Tambahnya lagi, bayi tersebut dilaporkan selamat dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dari paramedik.

Siasatan dikatakan masih diteruskan serta pihak berkuasa turut meminta supaya orang awam yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit diminta untuk melaporkannya di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan polis.

Menurut Fakhrudin, maklumat boleh disalurkan dengan tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662176.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *