Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Mati Dikerumuni Ikan

| August 4, 2021 | 0 Comments

Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Mati Dikerumuni Ikan | Anak adalah anugerah terindah sekaligus amanah dan titipan yang Allah SWT berikan kepada orang tua namun lain terjadinya kepada nasib seorang bayi perempuan selepas dia ditemui mati di dalam sebuah longkang berdekatan kebun durian di Mukim 6, Pondok Upeh di sini, baru-baru ini.

Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Mati Dikeremuni Ikan

Bayi malang tersebut dilaporkan ditemui dalam keadaan masih bertali pusat di dalam sebuah longkang dan lebih memilukan ia dikatakan sedang dikerumuni sekumpulan ikan yang terdapat dalam longkang tersebut.

Menurut Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, pihak polis telah berjaya menemukan mayat bayi tersebut selepas menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Balik Pulau berhubung seorang wanita yang mengalami pendarahan pada rahim dipercayai baru melahirkan bayi.

Tambahnya lagi, mereka melaporkan bahawa pemeriksaan lanjut pihak hospital menemui uri tanpa bayi di dalam rahim wanita tersebut lalu membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Siasatan pihak polis telah berjaya mengenal pasti identiti suspek wanita tersebut yang merupakan seorang warga Indonesia berusia 35 tahun yang dilaporkan enggan memberi kerjasama ketika pihak hospital menanyakan tentang keberadaan bayi yang dilahirkannya itu.

Soal siasat telah dijalankan ke atas suspek dan mendapati suspek telah mengaku meninggalkan bayinya berdekatan tempat tinggalnya sebelum dia dikatakan hendak pitam dan secara tidak sengaja melepaskan bayi tersebut dari pegangannya menyebabkan ia terjatuh ke dalam longkang.

Suspek turut memberitahu pihak polis bahawa niatnya adalah untuk menanam bayi tersebut selepas dia dikatakan menyedari bayi tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan di bilik tidurnya pada jam 5 petang, Selasa lalu.

Suspek yang juga bekerja sebagai penjaga warga emas itu dilaporkan sempat kembali ke rumah majikannya sebelum pengsan di bahagian dapur. Suspek ditemui majikannya dalam keadaan berdarah lalu membawanya ke hospital pada jam 6 petang, jelas Kamarul Rizal.

Hasil siasatan turut mendapati suspek hamil hasil hubungan sulitnya bersama seorang pekerja kebun yang tinggal berdekatan tempat kerja suspek namun dikatakan dia bukan bekerja di bawah majikan yang sama dengan suspek dan identitinya masih belum dapat dikenalpasti.

Suspek dilaporkan pernah mendidirikan rumah tangga  namun sudah bercerai serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Proses bedah siasat ke atas mayat bayi tersebut akan dijalankan hari ini (Khamis) selepas keputusan ujian saringan COVID-19 diperolehi menurut Kamarul Rizal.

Suspek bakal ditahan selepas selesai menjalani rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *