Seorang bayi perempuan berusia setahun di Amerika Syarikat dilaporkan maut selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran dia dikhuatiri diculik oleh bapa kandungnya, lapor saluran berita NBC News.

Bayi Perempuan MAUT Di Tangan Bapa. Puncanya Mengerikan!!

Biro Siasatan Negeri Georgia mengesahkan kematian Jaquari Bennett pagi kelmarin.

Pejabat Sherif Daerah Newton bagaimanapun akan meneruskan siasatan kes itu.

Seorang kakitangan pejabat sherif telah memberitahu saluran televisyen WXIA yang merupakan sekutu NBC.

Individu itu memberitahu bahawa bayi itu ditembak mati oleh bapanya, Darian Javaris Bennett sebelum dia bertindak membunuh diri.

Bennett juga dipercayai membunuh ibu Jaquari sebelum menculik mangsa, lapor WXIA.

Pejabat Syerif Daerah Newton tidakĀ  menjawab permintaan untuk mendapatkan komen berhubung kes tragis itu daripada saluran berita NBC News kelmarin.

Amaran kecemasan dikeluarkan untuk Jaquari selepas pihak berkuasa melaporkan bahawa dia diculik pada Sabtu lalu.

Amaran itu mengenal pasti Bennett berpotensi menjadi penculiknya dan menaiki kereta Honda Accord 2000.

Bayi itu dipercayai berada dalam situasi bahaya melampau, jelas amaran itu.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply