Bayi Terperangkap Dalam Kereta! Ini Tindakan Pantas Bomba.. Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia setahun yang terperangkap dalam kereta ibunya.

MELAKA – Anggota bomba membantu menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia setahun yang terperangkap dalam kereta ibunya di Jalan Taman Saujana, Bukit Katil di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang duduk dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dipercayai tidak sengaja tertekan butang kunci automatik ketika berada seorang diri di dalam kereta.

Pegawai Perhubungan AwamJabatan (JBPM) negeri, Mohd Hafifi Roslan berkata, sebuah jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dan enam anggota diketuai komander operasi, Penguasa Kanan Bomba PBK ll (KUP), Riduan Ahmad digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.02 petang.

“Setiba di lokasi kejadian didapati seorang bayi lelaki terkunci dalam kereta berwarna merah.

“Anggota mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu menggunakan peralatan khas,” katanya.

Tambahnya, operasi tamat jam 2.29 petang dan bayi berkenaan berada dalam keadaan selamat dan telah diserahkan kepada ibunya yang membuat panggilan kecemasan.

Sumber: SINAR HARIAN

Share.

Leave A Reply