Bazar Ramadan Dan Aidilfitri. Ini Pula Keputusan MB Kedah

| April 1, 2020 | 0 Comments

Bazar Ramadan Dan Aidilfitri. Ini Pula Keputusan MB Kedah | Berikutan penularan wabak covid-19 masih membimbangkan, beberapa negeri sudah membatalkan operasi bazar ramadan, ini pula keputusan bazar ramadan dan aidilfitri di Kedah. Baca selanjutnya..

Kedah Batal Operasi Bazar Ramadan

KERAJAAN negeri membatalkan operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kedah bagi mengekang penularan Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat EXCO petang hari ini selepas mengambil kira keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Perkara ini penting bagi mengelak rakyat berhimpun di sesuatu tempat dan akan menyebabkan wabak ini tidak terkawal.

“Justeru semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah yang sudah mengambil deposit daripada pembida (pemilik gerai) perlu memulangkan kembali wang deposit,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Selain Kedah, Terengganu menjadi negeri pertama yang memutuskan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan beroperasi di negeri itu.

Sementara itu Mukhriz berkata, kerajaan negeri turut menangguh pembayaran sewa beli Skim Rancangan Perumahan Awam (RPA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) milik kerajaan negeri selama enam bulan bermula 1 April sehingga 30 September ini.

Katanya, ia termasuk bayaran sewa skim PPR transit serta sewa premis PBT.

“Ia membabitkan implikasi kewangan untuk sewa rumah rakyat sebanyak RM2.76 juta dan sewa premis PBT sebanyak RM3.6 juta.

“Ia diharapkan dapat membantu meringankan beban rakyat dan peniaga yang terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Mukriz turut mengumumkan program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) turut diteruskan mulai Jun hingga Disember ini bagi membantu meringankan beban penerima yang terjejas akibat Covid-19.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *