Bekas ADUN Dipanggil Slps TULAR Video Tangkap Ikan Guna Renjatan Elektrik | KUALA TERENGGANU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dipanggil bagi memberi keterangan susulan penularan video memaparkan tindakan beliau menangkap ikan menggunakan alatan terlarang.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, rakaman keterangan daripada bekas ADUN itu telah diambil pada Selasa.
“Kita menerima laporan berkaitan video tular itu pada Isnin (3 Julai) dan pihak jabatan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
“Individu terlibat juga telah dipanggil dan kini pihak jabatan sedang melengkapkan siasatan sebelum kita rujuk kepada penasihat undang-undang negeri Terengganu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Rabu.
Menurut Ruzaidi, siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 3 Kaedah- Kaedah Perikanan Darat Negeri Terengganu 1988 iaitu penangkapan ikan dengan menggunakan peralatan terlarang.
Guna racun dan bahan letupan
“Antara peralatan terlarang termasuk menggunakan racun, bahan letupan dan peralatan-peralatan mekanikal atau elektrik.
“Jika disabitkan kesalahan, pelaku berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,”jelas beliau.
Terdahulu tular video berdurasi 24 saat di media sosial memaparkan bekas ADUN berkenaan sedang menangkap ikan di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti menggunakan renjatan elektrik.
Sumber: Sinar Harian
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
ADUN R0g0l Pembantu Rumah. Ini Hukuman Yg Dikenakan. | IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu terhadap Choo Kiong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bekas exco kerajaan negeri itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mengikut pertuduhan, bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri itu didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya di sini.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan pada pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.
Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Choo Kiong memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket DAP sebelum keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Disember 2020 sebagai ahli bersekutu.
Terkini, beliau menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sejak Januari lalu.
Sumber : Kosmo
Bekas ADUN Bersatu Didakwa Terlibat Kes Cabul
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, Januari lalu.
Tertuduh yang berusia 54 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire di daerah Muar pada jam kira-kira 5 petang, 13 Januari 2022 lalu.
Justeru, tertuduh yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Tinggi didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana daripada dua seksaan itu.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan sebanyak RM 5,000 dikenakan terhadap tertuduh.
Tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Izzad Syafiq Ismail bagaimanapun merayu jumlah jaminan berkenaan dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama sepanjang siasatan polis dijalankan.
Majistret Amalina pada penghakimannya kemudian membenarkan jaminan RM 4,000 dengan seorang penjaminan dan menetapkan 3 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Mahkamah turut menetapkan 16 hingga 18 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan.
Sebelum ini, media melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Tinggi mendakwa diganggu secara seksual oleh bekas ADUN berkenaan.
Sumber: Astro Awani