Bekas Pengerusi Prasarana Tidak Patuh SOP Dikompaun RM1,500

| June 9, 2021 | 0 Comments

Bekas Pengerusi Prasarana Tidak Patuh SOP Dikompaun RM1,500 | Semasa sidang media berkaitan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) baru-baru ini, bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dengan tidak memakai pelitup muka.

Bekas Pengerusi Prasarana Tidak Patuh SOP Dikompaun RM1,500

Dengan itu beliau telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan  iaitu dengan tidak memakai pelitup muka. Tawaran kompaun sebanyak RM1,500.00 akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, Tajuddin dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Polis telah memulakan siasatan terhadap Tajuddin pada 26 Mei lalu kerana didakwa tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren LRT pada hari sebelumnya.

Siasatan telah dilaksanakan berdasarkan video yang tular di media sosial menunjukkan bekas Pengerusi Prasarana itu tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media selepas sebaik sahaja selesai meninjau lokasi insiden kemalangan berkenaan. Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Mohamad Zainal menasihati orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19.

Sumber: Malaysia Gazette

Tags: , , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *