Bekas Penyanyi Rock Melissa Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Atas Pentas. AL FATIHAH. | Bekas penyanyi rock kumpulan Melissa, Radzi Abd Hamid atau Ustaz Radzi meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika membuat persembahan atas pentas malam tadi. Al Fatihah.

SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG BERIMAN

Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa yang terkenal ketika era 90an dahulu Mohd Radzi Abdul Hamid atau lebih dikenali Ustaz Radzi ketika ini meninggal dunia selepas rebah ketika mengadakan persembahan di Panggung Anniversari Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Bekas Penyanyi Rock Melissa Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Atas Pentas. AL FATIHAH.

Beliau adalah antara artis yang dijemput mengadakan persembahan dikatakan sedang menyampaikan lagu pertama persembahannya berjudul “Kami Mat Rock” tiba-tiba rebah di atas pentas dan menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Memetik kenyataan pengacara program ini, Dj Kzie Ahmad di laman Facebooknya, Allahyarham Radzi hanya berada beberapa saat di atas pentas sebelum rebah dalam keadaan bersujud.

“Dia terus dibawa ke bilik persalinan untuk diberikan rawatan kecemasan.

“Sementara menunggu bantuan perubatan, beberapa ahli jawatankuasa Seniman termasuk anaknya turut memberikan bantuan.

“Apabila ambulans tiba, rawatan diteruskan namun Allah lebih menyayanginya dan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat kekurangan oksigen,” katanya.

Sementara itu, adik angkat Allahyarham yang dikenali sebagai Babah Lan berkata, Ustaz Radzi tidak menunjukkan sebarang perilaku pelik sebelum menyanyi.

“Allahyarham nampak teruja dan minta kami ‘back up’ dia ketika menyanyi.

“Ustaz Radzi sepatutnya menyanyikan beberapa lagu dengan lagu terakhir ialah lagu popular mereka iaitu ‘Cinta Untuk Nabila’.

Jenazah Allahyarham yang turut diiringi dua anaknya kini sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Selain lagu Cinta Untuk Nabila, Melissa turut popular dengan lagu Lambaian Sayonara, Wajahmu Di Mataku, Memikat Cahaya dan banyak lagi pada era 1990-an.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply