“Beli Senyap-Senyap Sebab Malas Dengar Bini Berleter,” Wanita Ini Terharu Dengan Sokongan Suami Rakannya

| February 7, 2021 | 0 Comments

“Beli Senyap-Senyap Sebab Malas Dengar Bini Berleter,” Wanita Ini Terharu Dengan Sokongan Suami Rakannya | Setiap pasangan pasti ada kebahagiaan yang dikecapi bersama di alam rumah tangga masing-masing. Tidak kurang juga dengan dugaan dan ujian. Mahu tak mahu perlu harungi berdua untuk mengekalkan ikatan suami isteri tersebut. Siapa sahaja yang tidak mahu pasangan yang baik? Pasti semua mengimpikan perkara yang sama.

Dua hari lepas, tular satu hantaran dari @malissaali mengenai rakannya. Dia memuatnaik beberapa keping gambar mengenai suami kepada rakannya yang memberi sokongan dalam pekerjaan isterinya. Menurutnya, suami rakannya itu membeli peralatan seperti kamera, lighting dan lain-lain untuk membantu rakannya berniaga tudung secara dalam talian.

“Member aku nak start meniaga tudung, husband dia senyap-senyap beli camera siap lightbox. Marry a man who marries yours ambitions”

Hantaran itu mendapat perhatian warganet di Twitter dan masing-masing kongsikan juga pengalaman mengenai suami yang sanggup memberikan sokongan dalam pelbagai cara kepada isteri.

Malissa Ali juga turut berkongsi hasil daripada tangkapan gambar oleh suami rakannya itu selepas membeli peralatan untuk mengadakan sesi photoshoot.

Sumber : @malissaali, @nerz.exclusive

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *