Beralih Arah Sokong Ismail Sabri. Ini Komen Nazri Aziz

| August 15, 2021 | 0 Comments

Beralih Arah Sokong Ismail Sabri. Ini Komen Nazri Aziz | Bilamana PN tampak nak rebah, ramai mula beralih arah. Ini komen terkini Nazri Azri yang ditunggu ramai.

Dah Sign SD

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Menurut laporan The Star, beliau berbuat demikian ketika hadir di sebuah hotel tengah hari tadi.

“Saya sudah tandatangan SD dan saya rasa semua ahli Parlimen UMNO patut sokong, termasuk yang tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dia bukan lagi Perdana Menteri, jadi tiada sebab untuk tidak tandatangan,” katanya.

Difahamkan, Usaha mengumpul SD dipercayai masih lagi diteruskan oleh Ismail Sabri di Royal Chulan Kuala Lumpur bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Guan Eng Gesa Anwar Dan Shapie Apdal Bekerjasama

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Pakatan Harapan (PH) bersama blok pembangkang yang terdiri daripada 105 Ahli Parlimen tidak boleh membuang masa, tatkala Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri esok.

Beliau berpendapat, PH perlu menggunakan pendekatan ‘khemah besar’ untuk menuntut kembali mandat sebagai kerajaan yang dipilih mengikut Perlembagaan oleh rakyat.

“Hanya bermula dengan 105 ahli Parlimen pembangkang sebagai asas, ahli Parlimen PH Plus dapat menuntut kembali mandat Pilihan Raya 2018 yang telah dirompak oleh kerajaan pintu belakang terdiri daripada parti-parti yang telah ditolak oleh rakyat.

“Kedua-dua Datuk Seri Anwar Ibrahim (Prsiden PKR) dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Presiden Warisan) memikul tanggungjawab untuk bekerjasama bagi mengembalikan mandat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, perlu ada alternatif yang jelas terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah gagal yang menyebabkan rekod tertinggi jangkitan dan kematian serta kegagalan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan ekonomi.

“Mengekalkan kerajaan PN yang telah gagal bukanlah jalan keluar untuk masalah yang dihadapi oleh negara, sedangkan masalah sebenar adalah seluruh Kerajaan PN itu,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng mendedahkan bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah membenarkan semua pemimpinnya untuk berbincang dan bercakap dengan pihak lawan kecuali tiga pemimpin tertinggi gabungan itu.

Beliau berkata, pendedahan itu perlu dibuat sebagai respon dakwaan bahawa DAP menyokong Kerajaan PN.

“Ada laporan media berbaur anti-DAP yang cuba menyelewengkan berita Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Ong Kian Ming mengadakan perbincangan dengan Menteri PN, sebagai persepsi negatif terhadap mereka dan juga DAP. Saya ingin menyatakan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden PH.

“Majlis Presiden PH telah membenarkan semua pemimpin bebas untuk berbincang dan bercakap dengan pihak lawan mengenai keadaan politik kecuali 3 pemimpin teratas dalam PH yang perlu saling berunding sesama mereka sebelum berbuat sedemikian,” katanya.

Justeru, katanya, selain beliau, Presiden PKR dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, semua pemimpin teratas DAP, PKR dan Amanah serta ahli Parlimen dan pemimpin daripada ketiga-tiga parti dalam PH secara sendiri telah mengadakan perbincangan dengan seteru politik.

“Bagaimanapun, perbincangan seperti itu tertakluk kepada persetujuan daripada kepemimpinan parti masing-masing dan Majlis Presiden PH bagi ia dapat dilaksanakan.

“Ahli-ahli DAP tidak boleh membiarkan laporan media berbaur anti-DAP ini memberi gambaran buruk terhadap DAP sehingga memecahbelahkan parti kita,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 1 | 2

Tags: , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *