Berang Diejek, Remaja Tikam Mati Murid Dalam Bas

| September 27, 2020 | 0 Comments

Berang Diejek, Remaja Tikam Mati Murid Dalam Bas  | London: Seorang remaja dipenjara seumur hidup kerana menikam mati seorang murid dalam bas di sini.

Malah, tertuduh juga dilihat menari selepas melakukan perbuatan itu.

Portal Mirror melaporkan pada kejadian 10 Oktober tahun lalu, Marvin Dyer, 16, menikam Baptista Adjei, 15, kerana mahu membalas dendam.

Ia selepas mangsa dikatakan mengejeknya di Snapchat.

Dia menikam jantung dan paru-paru mangsa itu dengan menggunakan pisau rambo.

Beberapa minit selepas kejadian, Marvin, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dilihat menari dan menghubungi rakannya sebelum memberitahu mangsa sudah meninggal dunia.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah, nama tertuduh tidak dibenarkan disiarkan media.

Bagaimanapun, perintah berkenaan ditarik balik pada prosiding kes itu, baru-baru ini.

Hakim John Hillen QC berkata, tidak ada bukti yang cukup bahawa dengan menyembunyikan nama tertuduh, ia bakal membahayakan Marvin atau mempengaruhi pemulihannya.

“Dalam perbicaraan, Marvin mengatakan kepada hakim bahawa Baptista memanggilnya ‘pendek’ dalam kumpulan sembang rakan sekolah di timur London,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *