Berang Dituduh Mencuri, Lelaki Tikam Suami Isteri

| August 5, 2020 | 0 Comments

Berang Dituduh Mencuri, Lelaki Tikam Suami Isteri | Gara-gara berang dituduh pencuri, seorang lelaki nekad menikam pasangan suami isteri hingga mati. Lebih memilukan, isteri mangsa sedang sarat hamil. Baca selanjutnya..

Dituduh Tidak Jujur Dalam Perniagaan

Jakarta: Berang dituduh tidak jujur, seorang lelaki di Jawa Tengah bertindak menikam wanita sarat hamil dan suaminya.

Pada kejadian itu, mangsa, Citra Wati, 25, dan suaminya, Handi Purwanto, 31, meninggal dunia di rumah mereka.

Ia selepas mereka ditikam dengan golok oleh suspek bernama Ade Setiawan, 30.

Kandungan wanita itu yang berusia sembilan bulan juga meninggal dunia kerana terkena tikaman suspek.

Ketua Polis Tegal, Iqbal Simaputang berkata, suspek dan mangsa dipercayai mengenali satu sama lain.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai ada kaitan dengan perniagaan burung lovebird (sejenis burung kakak tua bersaiz kecil).

“Suspek datang ke rumah mangsa kira-kira 10 malam dan awalnya mahu bertemu dengan Citra Wati.

“Mereka berbual tetapi tidak lama kemudian bertengkar sebelum lelaki itu menampar wanita terbabit.

“Suami Citra Wati yang mengetahui kejadian itu masuk campur sehingga dia bergelut dengan suspek.

“Malangnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia selepas ditikam oleh suspek,” katanya.

Ade dilaporkan sempat melarikan diri bagaimanapun, dia ditahan polis beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Ade mengakui membunuh mangsa kerana sakit hati selepas dituduh tidak jujur.

“Dia (Citra Wati) menuduh saya tidak jujur dan menyamakan saya dengan pencuri selain menghina isteri saya,” kata Ade ketika memberi keterangan kepada polis.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *