Berang Diusir Tuan Rumah, Penyewa Letupkan Pangsapuri | Seorang penyewa yang berang kerana diusir oleh tuan rumah bertindak meletupkan unit pangsapuri yang disewa sehingga mencetuskan kebakaran, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Dalam kejadian sebelum pukul 4 pagi itu, satu letupan kuat didengari di kawasan pangsapuri Calle Alcon di bandar Ponferrada, sehingga menyebabkan serpihan memenuhi jalan-jalan utama serta merosakkan sekurang-kurangya dua buah kereta.

Letupan gas yang mencetuskan kebakaran itu telah memusnahkan bahagian dalam rumah tersebut sehingga memaksa pihak berkuasa memindahkan jiran-jiran terdekat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja memadam api.

Menurut seorang sumber, lelaki yang tinggal berseorangan itu dikatakan dihalau keluar dari rumah tersebut, sekali gus menyebabkannya naik berang.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa lelaki itu telah diatahan polis.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan selain penduduk berhampiran telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply