Berang Ganggu Tidur, Anak Pukul Ibu Sampai Mati

| August 3, 2020 | 0 Comments

Berang Ganggu Tidur, Anak Pukul Ibu Sampai Mati | Seorang lelaki bertindak kejam dengan memukul ibunya hingga mati gara-gara mengejutnya dari tidur dalam kejadian di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 7.30 malam apabila mangsa berusia 70-an itu pulang ke rumah.

Katanya, mangsa masuk ke bilik suspek dan mengejutkan anak lelakinya itu yang sedang tidur.

“Suspek yang dipercayai berang kemudiannya memukul ibunya menggunakan objek keras hingga tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, anak saudara mangsa menghubungi polis dan memaklumkan kejadian yang menimpa wanita itu.

“Anggota polis ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita duduk di sofa dan pemeriksaan mendapati dia sudah tidak bernyawa.

“Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati ada kecederaan di tangan, mata dan kesan darah di kedua dua belah kaki serta luka di kepala mangsa,” katanya.

Katanya, suspek berjaya ditahan dan ujian saringan air kencing dilakukan mendapati dia positif dadah ganja dan heroin.

“Suspek ditahan reman sehingga 15 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *