Berang Pelajar Tidur Dalam Kelas, Ini HUKUMAN Cikgu Buat Ramai TERGAMAM | Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang guru wanita menyiram seorang pelajar perempuan yang meletakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo. Kejadian dikatakan berlaku di wilayah Kalimantan Timur.

Guru berkenaan dikatakan menyiram air selepas melihat pelajarnya meletakkan kepalanya di atas meja.

Pelajar itu dilihat terkejut lalu berhenti menulis sebelum ditegur oleh guru berkenaan.

Kelihatan buku nota pelajar tersebut basah kuyup akibat terkena air.

Setelah pelajar tersebut bangun, guru itu mengangkat buku notanya untuk mengelak daripada terkena air.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Niatnya baik tapi caranya salah,” kata seorang netizen.

“Zaman dulu mungkin biasa tetapi zaman sekarang mungkin kurang sesuai,” komen netizen lain.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply