Berang Suami Tak Mahu Bercerai, Isteri Bakar Rumah

| March 2, 2021 | 0 Comments

Berang Suami Tak Mahu Bercerai, Isteri Bakar Rumah | Gara-gara permintaan mahu bercerai ditolak oleh suami, isteri emosi nekad bakar rumah kediaman namun bukan itu saja rumah jiran turut terima akibat. Baca selanjutnya..

EMOSI PERMINTAAN CERAI DITOLAK

Jakarta – Berang kerana permintaan cerai ditolak oleh suami, seorang isteri di Indonesia nekad membakar rumahnya dalam insiden yang mengakibatkan beberapa kediaman lain turut terbakar, lapor portal berita Suara.com semalam.

Isteri bakar rumah

Suspek dikenali sebagai Firtiani, 34, dan berasal dari Kecamatan Tanjung Biram, wilayah Sumatera Utara. Dia dikatakan meminta cerai dengan suaminya, M. Rustam Ritonga kerana tidak tahan lagi hidup bersama lelaki itu.

Wanita itu juga dilaporkan meminta suaminya agar menjual rumah mereka, namun permintaannya ditolak.

Sejurus selepas itu, dia menjadi emosi lalu membakar langsir dapur rumahnya namun sempat dipadamkan oleh suaminya. Firtiani kemudian membakar pula permaidani di bilik tidur mereka.

“Dia kemudian meninggalkan rumah tersebut yang sedang terbakar,” kata ketua polis tempatan, Asisten Komisioner Besar Polis, Ikhwan Lubis semalam.

Menurutnya, api marak de­ngan pantas dan menyambar dua lagi rumah milik jirannya.

“Suspek mengaku dia menjadi emosi dan membakar rumahnya,” kata Ikhwan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 187 (1) dan (2) Subs Seksyen 188 Undang-­Undang Hukum Jenayah Indonesia.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *