Berang Tidak Dapat Beli Dadah, Lelaki Bakar Motosikal

| November 23, 2020 | 0 Comments

Berang Tidak Dapat Beli Dadah, Lelaki Bakar Motosikal | Seberang Perai – Seorang lelaki yang tidak dapat mengawal perasaan marah bertindak di luar kawalan apabila membakar motosikal miliknya kerana tidak memperolehi wang yang diminta dalam kejadian di rumah keluarganya di Paya Keladi Hujung, Kepala Batas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, suspek berusia 24 tahun dikatakan berang apabila ibu bapanya enggan memberi wang dipercayai untuk membeli dadah.

“Polis menerima panggilan menyatakan ada seorang lelaki mengamuk lalu membakar sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 miliknya.

“Bagaimanapun, suspek tidak mencederakan sesiapa termasuk ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, pihaknya yang menahan suspek mendapati dia positif syabu hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Beliau berkata, susulan itu, suspek diserahkan kepada AADK Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *