Berhadapan Detik Cemas, Peniaga Hampir Hilang Jari Gara-gara Tersepit Mesin Air Tebu

| October 14, 2021 | 0 Comments

Berhadapan Detik Cemas, Peniaga Hampir Hilang Jari Gara-gara Tersepit Mesin Air Tebu | Seorang lelaki dilaporkan berhadapan detik mencemaskan selepas dikatakan hampir hancur jari tangan kirinya akibat tersepit pada mesin air tebu dalam kejadian di Taman Dato’ Shahbandar, Ampangan, dekat sini pagi tadi.

Berhadapan Detik Cemas, Peniaga Hampir Hilang Jari Gara-gara Tersepit Mesin Air Tebu

Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.34 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

Setibanya di lokasi kejadian Idris memberitahu bahawa terdapat seorang lelakisipercayai peniaga air tebu di sebuah gerai tersepit tangan kirinya dan mengalami kecederaan.

Berhadapan Detik Cemas, Peniaga Hampir Hilang Jari Gara-gara Tersepit Mesin Air Tebu

Berhadapan Detik Cemas, Peniaga Hampir Hilang Jari Gara-gara Tersepit Mesin Air Tebu

Pihak bomba dilaporkan telah mengambil masa kurang daripada lima minit untuk mengeluarkan tangan kiri mangsa. Sejurus mangsa berjaya diselamatkan, dia telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk rawatan lanjut.

Foto-foto detik cemas tersebut sempat dirakam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, serta turut dikongsikan semula melalui Bernama.

Keadaan mangsa pada saat ini masih belum dapat dikenalpasti.

Sumber: Bernama

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *