Beri Keterangan Palsu Untuk Rentas Negeri, ‘Instafamous’ Bakal Dikompaun

| March 22, 2021 | 0 Comments

Beri Keterangan Palsu Untuk Rentas Negeri, ‘Instafamous’ Bakal Dikompaun | Sehingga ini, pelepasan untuk rakyat bagi merentas negeri masih tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan. Akan tetapi, jika ada keperluan atau kecemasan, orang ramai boleh meminta kebenaran dari pihak berkuasa di sekitar untuk kebenaran merentas negeri.

Baru-baru ini, tular seorang instafamous yang dikatakan diberi kebenaran dari pihak polis untuk merentas negeri bagi berbulan madu bersama suaminya.

Beliau juga turut memuatnaik beberapa keping gambar di laman Instagram sehingga mendapat kecaman oleh warganet termasuk ada yang mempersoalkan kebenaran rentas negeri yang diberikan.

Susulan isu berkenaan, pihak berkuasan telah memanggil pasangan tersebut untuk memberi keterangan.

Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM 10,000.

Menurut kenyataan media hari ini, hasil siasatan menyeluruh mendapati pasangan berkenaan telah memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri.

Pasangan ini telah membuat persiapan awal untuk menyambut ulangtahun perkahwinan dan memberi alasan urusan perniagaan bagi memohon kebenaran merentas negeri kepada pihak polis.

Sumber : Harian Metro, Info Roadblok JPJ/POLIS

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *