Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pemberian subsidi kepada rakyat harus dilaksanakan secara bersasar demi memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan mendapat menikmatinya.
Perdana Menteri berkata, implikasi subsidi perlu diteliti kerana ia tidak bersasar ketika ini dengan turut dinikmati golongan kaya dan industri.
Menurutnya, beliau tidak ada masalah dengan subsidi untuk rakyat, (cumanya) subsidi harus bersasar, jika tidak harga minyak sebagai contoh, dimanfaatkan oleh golongan miskin dan kaya.
Sehubungan itu, beliau memberi tempoh dua minggu untuk meneliti dan memperincikan pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.
Ujar beliau, beliau memberi tempoh dua minggu untuk mencerakin, menyelusuri seluruh implikasi dan bincang dengan sektor swasta, pelabur supaya mereka faham subsidi tujuannya untuk meringankan beban rakyat miskin.
Berita Lanjut Menyusul..
PM Zahir Rasa Bangga Komitmen Penjawat Awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan komitmen penjawat awam yang sanggup menghadiri mesyuarat walaupun dengan notis singkat.
Perdana Menteri berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 yang dihadiri pemimpin kementerian berkaitan itu mengorak satu permulaan yang baik.
Menurutnya, satu permulaan membanggakan kerana semua kementerian, Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha (KSU) dan Gabenor Bank Negara hadir walaupun ini adalah hari minggu.
Beliau menzahirkan kebanggaan beliau terhadap sikap penjawat awam yang sering kali tidak dihargai masyarakat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.
Antara pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus; pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.