Bermodalkan RM 7.90, Lelaki Ini Kongsi Tips Paling Berkesan Dan Lihat Hasilnya

| February 10, 2021 | 0 Comments
Bermodalkan RM 7.90, Lelaki Ini Kongsi Tips Paling Berkesan Dan Lihat Hasilnya | Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti mempunyai pengalaman kereta kotor dengan sisa makanan. Perkara ini juga mampu mengundang serangga yang tidak diingini di dalam kereta.
Baru-baru ini, sebuah perkongsian di laman Tukang Apa Hari Ini di Facebook tular selepas lelaki ini berkongsi tips ‘mengumpul’ lipas dengan bermodalkan RM 7.90 sahaja.
Sekadar berkongsi perasaan puas.
Kereta ada anak kecik macam ni la. Kinderjoy la, cekedis la, aiskrim tumpah lah. Semua diadun sebati atas seat & lantai kereta. Maka datanglah makhluk halus berbondong-bondong buat kenduri kemudian.
Saya beli fumakilla vape ni dekat speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.
Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas.
Kira saya tukang juga la ni kan? Tukang sembur.

Sumber : Khushairi Borhanudin

Tags: , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, SEMASA, TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *