Bertembung Kenderaan Terbabas, Kontraktor Dan Pemandu Maut Kemalangan

| September 9, 2020 | 0 Comments

Bertembung Kenderaan Terbabas, Kontraktor Dan Pemandu Maut Kemalangan | Seorang kontraktor dan pemandunya maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran Simpang Chini, malam tadi.

Pada kejadian 11.30 malam itu, mangsa maut adalah Muhammad Syauqi Azmi, 32 dari Alor Setar, Kedah dan Ahmad Azhar Abdul Wahab, 58, dari Kampung Gesing, Dong, Raub.

Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, ketika kejadian, Muhammad Syauqi memandu sebuah SUV dan dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Kuantan.

Beliau berkata, kenderaan itu turut dinaiki oleh Ahmad Azhar yang juga seorang kontraktor.

Katanya, Ahmad Syahiran Mohamad, 26, dari Runchang, yang juga penyelia ladang memandu sebuah kereta dan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Runchang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, Ahmad Syahiran dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu ia bertembung dengan SUV berkenaan yang datang dari arah hadapan.

“Selepas perlanggaran itu, SUV terbabit berpusing beberapa kali dan terbabas ke kanan jalan di laluan menghala ke Segamat.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang SUV meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Ahmad Syahiran cedera pada lengan kanan dan belakang badan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *