Berucap Buat Kali Pertama Sebagai Perdana Menteri Ke-9, Saksikan Ucapan Ismail Sabri 5.30 Petang Ini | Semalam secara rasmi, Datuk Seri Ismail Sabri mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Ini selepas perletakkan jawatan bekas Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hari ini pada jam 5.30 petang, Ismail Sabri dijangka berucap buat kali pertama sebagai Perdana Menteri. Dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, Ismail Sabri memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Kabinet kerajaan pimpinan Ismail Sabri masih lagi belum diumum secara rasmi walaupun sudah ada beberapa jangkaan dari netizen. Cabaran utama untuk kerajaan baharu ini adalah bagaimana Malaysia ingin keluar dari pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Siaran langsung ucapan petang ini boleh ditonton di saluran RTM, Bernama, TV3, Astro Awani dan TV Al Hijrah
Saksikan Ucapan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pukul 5.30 petang hari ini (22 Ogos) di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & Youtube Bernama TV. pic.twitter.com/Sl9fv9WctV
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 22, 2021
Sumber : Bernama