Pusat beli-belah terkemuka negara, Mid Valley ditutup sementara sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.
Menerusi kenyataan pihak pengurusan Mid Valley City di akaun Facebooknya, pihaknya mengesahkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran itu setakat pukul 11.38 pagi.
“Pihak pengurusan Mid Valley City ingin mengesahkan bahawa satu kejadian berlaku di premis kami awal pagi tadi.
“Kebakaran berlaku di sebuah pencawang luar sebelum api dikawal oleh Pasukan Tindakan Kecemasan. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba di tempat kejadian pada pukul 10.42 pagi.
“Anggota Bomba masih di tempat kejadian menjalankan semua siasatan yang diperlukan dan mengawal premis daripada sebarang gangguan operasi pusat membeli-belah,” katanya.
Tambahnya, dalam mengutamakan keselamatan semua yang hadir, gangguan sementara kepada bekalan kuasa akan dilaksanakan sehingga pihak berkuasa membenarkan pemulihannya.
“Mid Valley City akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pembeli dan tetamu tetap menjadi keutamaan kami,” ujarnya.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Pelajar Gempar Almari Asrama Terbakar Ketika Bersiap Ke Sekolah
MARAN – Belum sempat meraikan sambutan Hari Guru, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Jengka 2 di sini dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di asrama sekolah berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.18 pagi itu, kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama sedang bersiap untuk ke sekolah sebelum diarahkan turun ke kawasan lapang selepas kebakaran bermula dari sebuah bilik.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan mendapati kebakaran berpunca daripada sebuah almari pelajar.
“Dinding berdekatan dengan almari tersebut serta siling turut terjejas hampir lima peratus akibat kebakaran ini dan dapat dipadamkan oleh anggota bomba dengan menggunakan alat pemadam api.
“Operasi pemadaman ini melibatkan tujuh anggota daripada Balai Bomba Jengka yang bergegas ke tempat kejadian dengan dua buah jentera sejurus menerima panggilan kecemasan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sumber: KMN